Posisi Tidur Yang Betul – Ikut Sunnah Nabi

Salam..

Bagaimana posisi ketika korang tidur? Mengiring? Meniarap? Menelentang? Kalau aku biasanya menelentang jek dari malam sampai pagi tak gerak – gerak.

0

SEMASA

Posisi Tidur Yang Betul – Ikut Sunnah Nabi

Ditulis pada 25 March 2012 •  0 Komen • 500 Paparan

Salam..

Bagaimana posisi ketika korang tidur? Mengiring? Meniarap? Menelentang? Kalau aku biasanya menelentang jek dari malam sampai pagi tak gerak – gerak.

Cara yang digalakkan ialah dengan membiasakan diri kita tidur di atas bahagian tubuh sebelah kanan pada awal tidur. Ini adalah sunnah Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda yang bermaksud, “…Kemudian berbaringlah di atas bahagian tubuh sebelah kanan.”

Elakkan daripada tidur terlungkup atau meniarap. Sama jugak dengan bayi-bayi kecil. Keadaan meniarap yang menekan perut ini akan menyebabkan paru-paru tersekat semasa bernafas. Di Amerika misalnya, pernah dilaporkan hampir 25% kematian bayi di negara itu disebabkan ibu meniarapkan tidur anaknya. Fuhhh bahaya meyhhh!

Rasulullah SAW pernah menegaskan, mafhum sabda baginda:”Sesungguhnya cara tidur seperti ini tidak disukai Allah.” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Baihaqi).

Tidur di atas bahagian tubuh sebelah kiri boleh menghimpit kedudukan jantung sehingga peredaran darah terganggu, juga mengurangkan aliran darah ke otak. Kelak ia akan membahayakan kesihatan jika berterusan untuk jangka waktu yang panjang.

Comments

Popular Post

Cara Beli Tayar Kereta, Lelaki Ini Kongsi Ilmu Penting Elak Ditipu Tauke Kedai Tayar. Wajib Tahu!